Temui Watak Sesame Street

In Parenting

Temui Watak Sesame Street – Pada yang berkelapangan terutamanya peminat Sesame Street ,cuti sekolah kan tak lama lagi dah nak start bak kata omputih just around the corner kan …kihkihkih speaking London ha !

Jangan Lupa Temui Watak Sesame Street ..

Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan watak kesayangan anak anak anda seperti Elmo , Cookie Monster , Ernie & Bert , Abby Caddaby , Big Bird sure comel dan paling best mereka ini bakal berarak menaiki ‘London Bus’ . Mulalah pasang angan nak bawak Khalish dan Khaleef ni sebab ni semua cartoon kesayangan anak anak ku jua … warrgghhhh .

Masa kekecik dulu suka tengok Sesame Street . Memang tak jemu dan ternyata Sesame Street punya tarikan tersendiri . Bertahan sehingga ke generasi kini . Medium untuk anak anak kuasai Bahasa Inggeris pun ye jugak..

Temui Watak Sesame Street

Jom temui watak watak kesayangan ramai ni bertempat di Genting International Showroom, Resorts World Genting sekarang sehingga 23 November dan acara kemuncak pada 28 November .

Dan yang paling best ada aktiviti penjelajahan di mana tempat persinggahan adalah di Pavillion pada 21 hingga 23 November 2014 . Sempat lagi ni dan sepanjang tempoh penjelajahan kita boleh beli tiket masuk ke acara kemuncak . Setiap pembelian dua tiket VIP atau dua tiket dewasa anda  akan dapat cenderahati secara percuma . Pergghh .. cam best je …

Temui Watak Sesame Street

Bukan setakat tu je siap dapat naik bas dan setiap pembelian tiket akan dapat diskaun sehingga 50% untuk barangan eksklusif Sesame Street . Tiket bermula dari harga RM88 ke atas dan untuk maklumat lanjut boleh layari di www.rwgenting.com atau hubungi talian 03-61011118 .

BACA JUGA: Star Light Kids Avenue K ….Indoor Playground Terbaik

You may also read!

Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Tatkala Negara kini masih ‘berperang’ mendepani pandemik COVID-19 yang semakin berleluasa ..masih ada beberapa perkara yang perlu diteruskan ‘perjuangan’

Read More...
Beli Emas Online Secara Pakej Menabung Harga Murah I Kedai Emas Hajjah Halijah

Beli Emas Online Secara Pakej Menabung Harga Murah I Kedai Emas Hajjah Halijah

Dalam tak diam , tahun 2020 dah pun berlalu dan yang pastinya meninggalkan pelbagai kenangan kan !?  Sal pun

Read More...
Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Terbaik 2021

Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Terbaik 2021

Sepanjang musim Negara dilanda pandemik COVID-19 ni kan , antara perkara yang merisaukan Sal adalah pembelajaran anak anak .

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu