• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / My Story / Terkenang Tempat Berpantang

Terkenang Tempat Berpantang

March 21, 2011

Tiba-tiba saya terkenang tempat saya berpantang waktu lahirkan My Lil Khalish..terpaut kerinduan pada jiran-jiran yang saban hari datang bertandang…tak lupa pada Kakak Misi yang tak putus-putus nasihatkan saya suruh bawak My Lil Khalish ke hospital yang berhampiran..sebab waktu tu jaundice Khalish terlalu tinggi..disebabkan kedegilan saya..maka agak lewat jugaklah bawak Khalish..syukur Alhamdulillah…jaundice Khalish turun setelah 2 hari letak bawah phototherapy..Hospital Changkat Jering…menyimpan seribu kenangan buat diri saya setelah bergelar ibu…part yang saya tak boleh nak lupakan..Mr Hubby yang jaga sepenuhnya dalam tempoh saya berpantang selama 60 hari di rumah sewa Sri Iskandar…kebetulan Mr Hubby tengah sambung belajar time tu…buatkan air mandian..masak menu berpantang..mandikan My Lil Khalish..kira superb la bagi saya…nak bahagikan masa untuk study..kebetulan time exam..mencabar sungguh tapi Mr Hubby relax dan buat dengan penuh rasa tanggungjawab..thanx to Mr Hubby..luv u..hikhik..bila time Mr Hubby nak lunch..saya siap pesan..jangan makan kat rumah tau…nanti saya terliur..huuhu…dia pun faham..makan kat kedai je katanya…walaupun jauh dari parents..sikit pun tak lemahkan semangat saya..malahan saya bersyukur sebab Mr Hubby berada di samping saya selama tempoh bersalin n berpantang….kira rasa bertuah jugak kalau nak bandingkan dengan ibu yang berpantang tanpa suami disisi…jangan tak tau..saya pulun urut dalam 2 minggu masa awal bersalin n 1 weeks penutup pantang..sebab area sana still murah harga berurut…nak jaga badan pun iye..heehee..makcik yang urut tu pun best…lepas habis pantang..sempat jugak saya jengah rumah sewa Mr Hubby…tupun sebab nak packing barang Mr hubby bawak balik KL…sedih gak time ni..sempat saya jumpa jiran-jiran..bawak sekali My Lil Khalish..lepas dari angkut barang…saya tak jejak lagi ke Sri Iskandar..rindu pulak suasana kat sana..apapun kenangan itu akan dijadikan memori indah dalam hidup saya sebagai perantau sementara..

My Story

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Kelebihan Puasa Sunat Bulan RejabKelebihan Puasa Sunat Bulan Rejab
Jom Parking kat Blog Ben Ashaari
Kenangan Betul
Previous: Emailkan Boleh
Next: Mandi Manda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Koperasi Tentera Keahlian Dan Manfaat
  • Kiblat Cari Arah Dengan Mudah
  • Tadika Al Baghdadi Sri Gombak 2024
  • Doa Qunut Solat Subuh
  • Cuti Sekolah 2023 Takwim Sekolah 2024
  • Kelas Online UPKK Percuma Ustazah Azizah
  • Tasneem Naturel Cough Patch dan Sleep Tight Patch – Neelofa Guna Untuk Bilal
  • Salam Jumaat Zikir Jumaat
  • Doa Tahajud Dan Panduan Ringkas

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM