Dah tiba masanya Tahun 2020 dan masuk minggu kedua ni . Sekejap betul masa berlalu , sangat pantas tanpa kita sedar atau tidak . Pelbagai cabaran dah kita harungi masa 2019 dan pastinya ada duka , gembira , berjaya , tak berjaya tapi jangan jadikan itu sebagai alasan untuk kita tak move on walaupun tak muncul lagi keta terbang .. hehehe

Bila Tiba Masanya Tahun 2020 , Hadapi Dengan Penuh Keazaman

Tahun 2020 Khalaf masuk Tahun 1 .. time rehat pandai dia bawak diri

Zaman serba mencabar dan segalanya perlu dilakukan dengan sehabis baik . Yang lambat akan ketinggalan . Ni pendapat peribadi Sal sebab adakalanya kita menjadi ‘nakhoda’ terhadap segala apa yang kita lakukan . Seandainya kita dok diam , makanya tak kan jadi apa .

Bila sebut tahun baru , perkara yang akan topik utama adalah azam . Ianya sebagai pembakar semangat untuk kita meneruskan ‘perjalanan’ yang akan ada pengakhirannya . Untuk sampai ke ‘titik noktah’ itu , tanggungjawab perlu dilakukan dengan penuh kesungguhan .

Sal sendiri akan berusaha untuk lakukan yang terbaik pada tahun ni untuk diri sendiri dahulu , jaga hubungan dengan Allah SWT , tanggungjawab dan amanah terhadap anak anak dan keluarga , ikhlas dalam setiap pekerjaan .

BACA JUGA: Kalendar 2020 ASNB Unik

Tak lupa dengan amalan amalan yang bakal menjadi bekalan ‘di sana’ . Kadang kita ni alpa tapi tak bermakna untuk kita lupa kan .. hehehe . Buat ikut kemampuan korang ya !! Jangan sesekali ikut orang dan kena selalu ingat ‘ukur baju di badan sendiri’ .

Kita perlu mempunyai impian dalam kehidupan , jadikan ia sebagai perangsang dan bukannya halangan . Teruskan mencapai cita cita dan jangan sesekali berputus asa . Jadi diri korang yang sebenar

Dan .. lupa pulak , jangan simpan sifat iri hati ya dalam diri . Satu perasaan yang pada Sal seharusnya korang buang jauh jauh sebab ianya hanya akan memudaratkan dan ‘sakitnya’ berbalik pada diri sendiri jugak . Sentiasalah berfikiran positif supaya perkara yang mendatang semuanya berakhir dengan baik .

Selamat Tahun Baharu 2020 !!