Tip Bagi Ibu Menyusu Semasa Berpuasa

In Parenting
Semoga bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba Sabtu ni 
dapat kita menfaatkan sepenuhnya…
bulan yang mempunyai seribu Kerahmatan..Keampunan dan Keberkatan..
InsyaAllah..
Dikesempatan ni..me nak kongsikan tips penyusuan yang
 diambil dari seorang rakan di  FB…
semoga ianya boleh dipraktikkan oleh ibu-ibu yang menyusu badan
sepanjang kita menjalani ibadat berpuasa..
 
…………………………………………………………….

1) Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah. Yakin Allah yang beri susu 
2) Berdoa:”Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusukan anakku”.
3) Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur.
Nabi saw bersabda: 
“Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”.

4) jangan skip sahur

5) Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair

6) Banyakkan makan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan, oat dan sebagainya.

7) Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman bergas

8) Makan makanan berkabohidrat dan kaya dengan serat

9) Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusu bayi

10) Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul

11) Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.

12) Pam susu sebelum sahur.

13) Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan untuk berpuasa.

14) Amik milk booster (kapsul Ariffbillah Habbatussauda).

15) Elakkan terlalu penat

16) Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria.

17) Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah
……………………………………………………………………….
Kelonggaran meninggalkan puasa bagi wanita menyusukan anak:

Daripada Anas bin Malik: Al-Ka’bi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

 “sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi anita hamil dan menyusu (ia meringankan) puasa”.

Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudaratan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya sahaja

Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu untuk Qadha’ puasanya dan membayar fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka.

You may also read!

Badan Lebih Sihat Dengan Vitamin C+ Shine 1000mg Produk Kitsui

Kitsui Vitamin C+ Shine 1000mg Menjadikan Badan Lebih Sihat

Setiap wanita pasti mengimpikan kulit wajah yang cantik seiring dengan tubuh badan yang sihat kan ?? Sal pun macam

Read More...
Projek Infaq Ramadan Bersama Dapur LapoWey

Projek Infaq Ramadan Bersama Dapur LapoWey

Rejab dah pun berlalu meninggalkan kita  .. masuk bulan Syaaban yang penuh dengan keberkatan sebelum Ramadan menjelma . Ramadan

Read More...
Kids Eyewear Safer Optics Anti Blue Light Glasses Lindung Mata Anak

Kids Eyewear Safer Optics Anti Blue Light Glasses Lindung Mata Anak

Sejak anak anak kerap guna laptop , komputer , handphone bagi meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) ..

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu