Apa perlu dibuat…
Sila periksa sistem pendawaian dan peralatan elektrik di rumah anda..
berikut adalah langkah-langkah keselamatan yang perlu dilaksanakan sebelum
menggunakan sistem pendawaian dan peralatan elektrik di rumah yang telah dilanda banjir..
langkah ni penting bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku..
Pemeriksaan sistem pendawaian elektrik…
sebelum menggunakan bekalan elektrik di rumah..sistem pendawaian elektrik seperti
soket…suis..kotak fius..kipas..lampu ..serta yang berkaitan dengan pendawaian elektrik
yang telah terendam dalam air banjir perlu diperiksa dan diuji terlebih
dahulu oleh kontraktor pendawaian elektrik (electrical wiring contractor) yang berdaftar
dengan Suruhanjaya Tenaga..jangan ambil mudah dan sila jangan pandang remeh ya…
‘Mencegah lebih baik dari Merawat’..
Pemeriksaan & penggunaan peralatan elektrik..
sebelum memegang peralatan elektrik yang telah terendam dalam air banjir..
sila pastikan bekalan elektrik ke peralatan elektrik berkenaan dimatikan dan plug
elektrik bagi peralatan berkenaan dikeluarkan daripada soket elektrik
Adalah disyorkan semua peralatan elektrik yang telah terendam dalam air banjir..
perlu dihantar ke kedai peralatan elektrik untuk pembersihan, pemeriksaan dan
pembaikan semula (jika perlu) oleh juruteknik elektrik (technician)
di kedai berkenaan
Sekiranya RCD atau ELCB terlentik (trip) semasa anda sedang menggunakan
peralatan elektrik di rumah/kedai, sila asingkan peralatan berkenaan dan
mula tugas semula RCD atau ELCB.
Sila bawa peralatan berkenaan ke kedai peralatan elektrik untuk pemeriksaan dan
pembaikan (jika perlu) oleh juruteknik elektrik (technician) di kedai berkenaan
Beringat ya….awas terhadap talian elektrik yang putus dan jatuh ke tanah…sila
jangan menghampiri kawasan berair jika terdapat talian elektrik yang putus dan
terjatuh ke dalam kawasan tersebut
Untuk pengetahuan semua…air merupakan pengalir eletrik dan boleh membawa maut..
jangan cuba mengalihkan pengalir elektrik berkenaan dengan tangan
atau alat yang boleh mengalirkan arus elektrik
Sentiasa awasi anak-anak anda dan jauhilah daripada pepasangan elektrik TNB seperti
talian atas yang mengendur atau tiang elektrik yang tumbang…dan sekiranya
terdapat kemusykilan sila hubungi TNB di 1-5454 dengan kadar segera
SUMBER: Tenaga Nasional Berhad
Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari
Leave a Reply