| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat |
Ramai para graduan muda – ‘fresh’ yang rasa zaman sekarang mudah nak dapat kerja kan .. hakikatnya agak sukar sebab persaingan terlalu ramai . Dan Sal dapat merasakan yang ada extra skill akan berjaya merebut peluang pekerjaan . Bila kita bercakap tentang ‘resume’ , jangan pandang remeh dan tolong ya jangan sesekali copy & paste ! Meh Sal nak share Tips Mudah Dapat Kerja Untuk Graduan !!

Rata rata majikan kini lebih sukakan graduan yang peka terhadap isu semasa . Tak kira dari segi perkembangan teknologi , ekonomi dan adakalanya pandangan terhadap isu yang sedang hangat diperkatakan . So , kena bersedia ya . Pembacaan itu penting sebab bila majikan bertanya selalunya nak jawapan yang bersesuaian dan logik . Bila jawapan yang diberikan sambil lewa .. teragak agak , haaaa .. guane ???
Agak agak boleh lepas tak sesi interview tu ??
So melalui pembacaan Sal , terdapat beberapa tip yang boleh dijadikan panduan agar dipermudahkan ruang dan peluang untuk graduan baru mendapat pekerjaan seperti berikut:
Khusus – Setiap resume perlu dibuat khusus untuk company yang dimohon sebab lain company , lain pengkhususannya.
Jadilah berbeza – Perlu jadi calon yang berbeza dan membolehkan majikan nampak akan perbezaan itu . Jika terdapat perbezaan itu , memudahkan majikan memilih bakal pekerja mereka
Bersedia – Buat persediaan rapi semasa hadir sesi interview agar sesi soal jawab berjalan dengan lancar . Jangan pulak bila ditanya nanti tergagap nak jawab atau senyap . Melepas la korang
Adab – Masa tulis resume tu , sila buat dengan penuh berhemat dari segi penulisan. Bila hadir sesi interview pun sama gak . Jawab dengan penuh kesopanan dan tatasusila . Selitkan confident diri sikit . Ini tersangat la penting sebab ramai majikan yang memerhatikan calon dari sudut pandangan adab .
Berusaha – Doa dan tawakal , kunci kejayaan utama selepas berusaha . Jangan stress sebelum berjaya memiliki sesuatu yang diingini .

Moga dipermudahkan laluan para graduan baru untuk menceburi bidang kerjaya yang diminati . Jangan mudah putus asa sebelum mencuba . Setiap kejayaan itu bermula dengan kesusahan dan ada kepahitan yang perlu dilalui sebelum menemukan kemanisan .
Semoga berjaya ya !
2 commentsOn Tip Mudah Dapat Kerja Untuk Graduan
Dulu memang sukar nak cari kerja sebab tak pandai buat resume. Bila dah ada pengalaman dan sedikit kepandaian buat resume, memang mudah dapat kerja
Nak kerja gak , macam boring plak duk rumah kikikk