
Korang pernah alami masalah kulit berminyak tak ? Bukan apa .. lately ni kulit muka Sal sendiri dah mula nampak berminyak . Ada dua kemungkinan yang menyebabkan muka berminyak ni .. sejak dua menjak ni selalu sangat berjemur kat luar dan kena cahaya matahari atau Sal sendiri yang malas buat rutin penjagaan muka yang sepatutnya . – Tips Berkesan Untuk Merawat Kulit Muka Yang Berminyak Hanya 2 langkah Senang – Hansaegee Nature
Yelah , kadang tu leka sampai muka sendiri tak terjaga tapi kalau dah kata ‘perempuan’, suka nak cantik jugak kan ? Sendiri cari penyakit .. sape suruh tak follow step penjagaan muka dan bukannya susah pun kan .. hehehe .
Ada Ke Cara Nak Rawat Kulit Muka Berminyak ?? I Tips Berkesan Untuk Merawat Kulit Muka Yang Berminyak Hanya 2 langkah Senang – Hansaegee Nature
Sebelum Sal jumpa dua produk yang mampu rawat muka dari terus berminyak .. banyak jugakla produk yang dah try . Orang kata kena try and error kan . Kalau tak try , muka akan terus breakout . Lagi la akan bertambah susah .
Keja seharian Sal pun kena jumpa orang .. berkomunikasi . Sendiri akan rasa malu bila ada antara rakan sekerja yang dah mula tegur tentang kondisi muka yang nampak berminyak . Haaa , kena la rajin tapi konteks ‘kerajinan’ Sal ni tidakla sampai nak kena tepek pelbagai produk dalam satu masa .


Pada Sal sendiri , biar pun hanya dua produk contoh macam krim pelembap (moisturizer) dan krim perlindungan matahari (sunscreen).. tu pun dah memadai . Yang penting kena ada keserasian antara produk dan kulit muka . Sebab tu kalau korang ingat antara tips yang selalu Sal pesan , kena rajin mencuba dan jangan malas kalau nak kulit korang maintain sihat serta natural .
Untuk langkah penjagaan yang pertama , Sal akan guna Aqua Whitening Cream yang merupakan produk dari Hansaegee Nature . Kandungan krim amat power untuk maintain kelembapan kulit muka tau tambah dengan sifat semulajadi yang water base .
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Minggu pertama Sal pakai .. kulit terasa lembap sebab Aqua Whitening Cream ni water base .. rasa sejuk bila disapu pada kulit muka . Ringan sangat sebab bila dah sapu korang akan rasa macam tak sapu .


Kandungan dalam Aqua Whitening Cream ni sendiri mampu merawat sunburn korang dengan berkesan . Masalah ‘belang’ pada muka sebab bertudung terus hilang akibat sinar matahari .
Bila dah selalu berjemur , kadang tu kita tak perasan yang kulit akan berminyak dan mula kelihatan kusam , timbul whitehead .. blackhead .. jerawat . Aisssshhh ni yang tak gemarkan ? Nak follow step penjagaan kulit yang sempurna sebab terlalu details dan banyak memang tak sempat tambah nak kejar keja , dengan urusan rumah lagi .
BACA LANJUT: CC Cream Terbaik
Tapi sejak kenal dengan Aqua Whitening Cream memang sangat berpuas hati . Masalah kulit berminyak hilang . Nak berjemur pun dah tak kisah . Sekarang Sal jadikan Aqua Whitening Cream sebagai rutin dalam penjagaan kulit muka sebab dapat mengawal minyak yang keluar berlebihan pada kulit muka .
Dengan kandungan yang ada dalam Aqua Whitening Cream iaitu diestrak dari herba terpilih , ia sangat diyakini serta mampu memulihkan kelembapan , sesuai untuk kulit normal dan sensitif , kulit kombinasi serta memperbaiki tona kulit tak sekata . Pendek kata bila dah jadikan rutin dalam penjagaan muka kita , kulit akan lembut dan lembap . Aqua Whitening Cream sangat selamat sebab tiada kandungan alkohol , paraben dan sulfat yang boleh membawa kepada kemudaratan kulit muka .
Fungsi dan Kandungan Aqua Whitening Cream
Kandungan utama dalam Aqua Whitening Cream:
- Camellia Japonica Seed Oil
- Niacinamide
- Angelica Acutiloba Root Extract
- Cnidium Officinale Root Extract
- Gardenia Florida Fruit Extract
- Paeonia Albiflora Root Extract
- Rehmannia Chinensis Root Extract
- Prunus Armeniaca (Apricot) Kenel Oil

Cara pun mudah , tu yang Sal suka . Just letakkan krim pada keseluruhan muka . Korang sapu lembut lepas tu dap .. dap kan . Beberapa saat kemudian water drop akan keluar . Seandainya korang rajin guna siang dan malam , memang akan nampak keberkesanan dan perubahahan pada kulit muka .
Bau pun best , harum !! Tak rasa melekit , dan kesan serapan sangat cepat ke dalam kulit muka .
Hansaegee Gold Nano CC Cream


Dan langkah yang kedua bila dah siap sapu Aqua Whitening Cream di muka , Sal akan letak pula Gold Nano CC cream . Sal bukan kategori yang terlalu rajin nak belek muka selalu . Cuma pemilihan krim tu yang particular sikit . Biarpun hanya dengan dua produk , tapi kalau keberkesanannya tip top , tak perlu dah nak try krim lain yang sememangnya terlalu banyak pilihan di pasaran .
Gold Nano CC cream ni mempunyai SPF50+ PA+++ yang dapat melindungi kulit muka daripada sinaran UV. Sesuai sangat la dengan Sal yang lately ni sering berjemur . Bila pakai , kulit muka tak berminyak dan melekit malahan akan nampak glowing dan kalau korang make up pun, tak timbul kesan bercapuk .
3 Kandungan Utama Dalam Nano Gold CC Cream
- Mineral Water – mengekalkan keseimbangan pH kulit serta meningkatkan keanjalan kulit
- Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract – anti bakteria, melegakan kerengsaan kulit dan kulit bermasalah
- Nano Gold – Mencegah penuaan kulit, menghalang radiasi infrared dan mempunyai antioksidan yang tinggi

Masa mula mula pakai Gold Nano CC cream ni , rasa macam cuak jugak sebab rasa bila tengok krim color putih takut tak sesuai dengan kulit muka Sal . Rupanya Gold Nano CC cream mempunyai color control . Lepas pakai , krim akan bertukar ikut tona kulit muka . So tak kan terjadi kejadian kulit muka putih melepak .. hehehe .
Sebaliknya muka korang akan nampak lebih natural . Bila dah pakai setiap hari selepas sapu Aqua Whitening Cream , kulit muka akan dilindungi secara tak langsung daripada kusam sebab dah ada pelindung sinar UV .
Sal memang amalkan sentiasa , setiap hari walaupun duduk di rumah . Siapa kata bila kita duduk di rumah tak akan terdedah dengan sinaran UV ? Penting sebenarnya kita kena sapu pelembap (moisturizer) dan cc cream supaya terjaga kulit muka dari berminyak , kusam dan akhirnya akan timbul jerawat , jeragat . Korang sure tak nak kan ??

Jadinya , pada siang hari .. Aqua Whitening Cream dan Gold Nano CC cream dah jadi bff Sal . Tak lengkap rasa rutin penjagaan muka tanpa produk daripada Hansaegee . Ada antara kawan kerja yang perasan jugak perubahan pada kulit muka Sal .
Pengalaman Sal sendiri la , bila kita duduk dalam aircond pun sebenarnya kulit muka kita akan ada problem . Tambah bila kena kerja luar , duduk bawah panas .. lagi la kan . So better cegah sebelum melarat . Apa yang pasti , ada jugak kawan kawan yang megeluh bila muka mula ada jeragat . Rasanya korang pun boleh fikir sendiri kan .
Hurmmm … panjang jugak celoteh Sal tentang tips produk yang bersesuaian untuk atasi kulit muka berminyak . Hanya dengan dua langkah sahaja ya .
Step 1 : Aqua Whitening Cream – guna waktu SIANG dan MALAM
Step 2 : Gold Nano CC Cream – guna waktu SIANG

Cara pakai macam biasa … korang calit krim pada muka dan kemudiannya korang sapu lembut pada keseluruhan muka . Buat sapuan membulat pun boleh dan jangan lupa dap .. dap kan sampai sekata . Sal guna tangan je .. mudah sungguh .

Pasti korang tak menyesal punya bila beli dua produk ni . Selain bersifat merawat , mencegah dan mengawal .. takde lagi muka berminyak , kusam . Setiap wanita pasti mempunyai impian untuk memiliki kulit muka yang sihat , natural dan kelihatan cantik semestinya .
Sekarang kan .. masa untuk Sal bersiap nak pegi kerja atau keluar outing pun cepat je . Tak perlu amik masa yang lama bila dengan Aqua Whitening Cream dan Gold Nano CC cream . Kalau tak , ade je yang tak kena masa nak bersiap sampai anak anak bising sebab ibu lambat . Dah siap sapu krim semua , just pakai lipstick dan touch up eyebrow sikit .
Ready to go !! Dah tak kisah lepas ni kalau muka berminyak atau berpeluh . Sebab muka akan maintain natural dan glowing .
Macam Mana Nak Dapatkan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream dan Gold Nano CC Cream
Walaupun di sesetengah kawasan sekarang ni masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat , tak bermakna korang tak boleh dapatkan rangkaian produk Hansaegee ye . Masih ada cara di mana korang beli secara online .. sekarang tengah ada sale dan free gift tau !!
Jangan risau sekiranya ada kemusykilan , sebab tim Hansaegee sedia membantu melalui ‘Whatsapp Service’ atau ‘Live Chat’ di website . Ada persoalan .. sila lontarkan ya . Tim Hansaegee sedia membantu korang !
Sila layari :
Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: @hansaegeenature
FB page: HansaegeeNature
Youtube page: HansaegeeNatureMalaysia

18 commentsOn Tips Berkesan Untuk Merawat Kulit Muka Yang Berminyak Hanya 2 langkah Senang – Hansaegee Nature
wah..suka la nampak effect glow die tu. dah try cleanser jenama ni, memang best. boleh la try item lain pula
Best kan bila pakai Aqua Whitening Cream Hansaegee ni, tak melekit lepastu senang meresap dalam kulit sebab water based. Segar je rasa
Bagusnyaaaaa muka terus nampak glow. Fafa suka lah efek Aqua WhitEning Cream tu lepas pakai dia jadi waterdrop .. Best nye…. Dapat melembab kan kulit
Wahhj… Glowing nya kulit wajah sis. Nampaknya ken guna produk Hansaegee jugak la. Lgpun berkenan pulak bila baca kelebihannya tu. Harap2 kulit sy pun boleh glowing juga 🤗
Saya la tu kulit berminyak..huhu..nampak natural la pakai CC cream tu, cantik 🥰
Kak Sal, akak ni bleh jadi duta tau. Kulit akak memang muda remaja dan cun! elok cerah walaupun kerja di kawasan terik mentari. Apakah rahsianya selain menggunakan Hansaegee Nature?
Produk kecantikan untuk wanita ni memang banyak kat pasaran ni hehehe tengok yang ni pun bagus juga wanita Malaysia akan cantiklah lepas ni……. Produk untuk lelaki susah nak dapat jarang dan hampir tak ada hehehehe…
bagus produk hansaegee ni sebab fd sendiri dah pernah cuba. elok dan sesuai dgn kulit fd
Ramai org fikir kulit berminyak ni tak payah nak moisturize2 dah, tapi sebenarnya penting. Cuma kena pakai yang water based mcm ni la.
Cantiknyaa kulit muka Salina, kena plak tambah pakai Hansagae ni, makin feloles laa… memang ramai guna kata bagus, Sis sampai laaa ni guna CC Cream dia..
this looks like such a good skincare brand. the packaging also makes this a cute christmas gift idea for friends! thanks for sharing 🙂
Wow another beauty brand from Korea. Hansaegee Nature has many products right. what’s the price like
Iza pernah try cleanser brand ni and best. Tak pernah try yg dua lagi ni. Aqua Whitening Gel tu nampak menarik sebab texture dia berubah jadi water drop.
Dua-dua produk Hansaegee ni memang top and Yaya dah cuba dua-dua memang best sangat terutama Gel Aqua Whitening Cream tu! Siapa belum pernah try please try confirm memang best kan kak Sal hihi
Produk Hansagee memang best. Liez dh pernah pakai pencuci muka. Memang sesuai dan best. Tengok ramainpakai cc cream macam nak cuba je. Menarik
Kita dh try dh yg cc cream dia.. Mmg best sangat . Skrg kita malas makeup.. Jd guna cc cream pun dh mencukupi..yg moisturizer cream tak penah try lg
Brand ni mmh pernah guna.. memang best.. sebab ianya water based mmg cepat jer menyerap
menarik sekali produk ni.. kulit sis nampak glowing n lembab sangat 🙂
Mobile Sliding Menu
Kids Eyewear Safer Optics Anti Blue Light Glasses Lindung Mata Anak
Sejak anak anak kerap guna laptop , komputer , handphone bagi meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) ..
Read More...Tips Elak Burnout Dalam Menguruskan Anak
Sejak negara dilanda pandemik COVID-19 , kebanyakkan dari kita yang tergolong dalam komuniti parents ni kena hadap situasi baru
Read More...OTG Perfume Minyak Wangi Kekal Harum
Ade ke yang tak suka pakai perfume ? Rasanya dah jadi kemestian kan bagi seseorang pakai perfume terutamanya lepas
Read More...Salam Hari Lahir Anak Sulung Ibu I 11 Tahun
Dalam ibu tak sedar , masa kian berlalu . Anak anak ibu makin membesar dan ragam pun semakin mencabar
Read More...Best Sangat Ke Jeruk Mak Kita
Sebelum ni asyik dengar je orang dok sebut pasal Jeruk Mak Kita . Best sangat ke ?? Bukan tak
Read More...