Sejak negara dilanda pandemik COVID-19 , kebanyakkan dari kita yang tergolong dalam komuniti parents ni kena hadap situasi baru yang boleh dikatakan berubah sehingga 360⁰ . Betul tak ? Sal pun tak terkecuali , tambah bila anak anak dah tak bersekolah tapi kena jugak continue study macam biasa . Pening jugak kepala dan harini Sal nak share sikit tips elak burnout dalam menguruskan anak .

Sebenarnya Sal nak simpan tips ni untuk peringatan kepada diri sendiri jugak . Jujur kata bila anak anak duduk di rumah tanpa ke sekolah sejak tahun lepas memang amat terkesan . Kepenatan tu jangan ditanya la . Penah luaran dan dalaman pun terkesan jugak … huhuhu .
Ade Ke Cara Nak Elak Burnout ?? – Tips Elak Burnout Dalam Menguruskan Anak
Adakalanya pujuk hati sendiri untuk bertahan sebab .. mana nak fikir part office , kerja rumah , tugasan anak anak … memang berasap la kepala . Memang takde istilah work form home . Hampir setahun lamanya dok ngadap situasi sekarang ni dan selalu cakap pada diri … kena bersabar selagi daya .
Cumanya Sal suka cari alternatif lain .. contoh cari gali tips cara macam mana nak steadykan diri dan boleh handle anak anak sepanjang duduk di rumah . Kalau takde ilmu rasanya something boleh terjadi jugak pada diri . Kalau boleh tak nak la sampsi diri sendiri burnout .
‘Jangan biarkan diri burnout disebabkan kepenatan dalam menguruskan anak anak , sebaliknya kena dapatkan bantuan daripada orang terdekat . Dikhuatiri penyakit mental yang serius boleh berlaku pada diri – Dr Rozanizam Zakaria
Sebenarnya antara sedar dan tidak , stress sebenarnya dah jadi lumrah dalam kehidupan sebagai ibu atau ayah . Tapi .. ianya bersifat sementara , datang dan pergi . Cuma yang merisaukan kita adalah fenomena burnout dalam kalangan parents .
BACA JUGA: Tips Kawal Emosi Penting Bagi Ibu Bapa
Bahaya burnout ni sebab boleh hilang daya kawalan nak melawan dan pendek kata selangkah lagi mendekati penyakit mental . Banyak faktor berlaku macam pasangan , anak anak , tekanan tempat kerja atau persekitaran . So sebaiknya kenal pasti siapa yang boleh bagi sokongan atau yang berisiko .

Tips Cegah Burnout
- Jangan takut nak suarakan masalah pada orang terdekat
- Runagkan masa untuk diri sendir .. cukup tidur , makan seimbang dan teratur , mempunyai me time
- Buat something ikut daya kemampuan sendiri dan kalau boleh elak yang diluar kemampuan
- Belajar cara kendalikan stress
- Sentiasa berfikiran positif dan andaikan sesuatu yang berlaku tu ada hikmah dan kebaikan disebaliknya
- Susun kerja ikut priority
- Bina kekuatan spiritual dan daya ketahanan diri sendiri
So jangan terlalu tertekan ya ibu . Yakin yang kita mampu lakukan demi kebaikan anak anak . Siapa tak sayang anak kan …