Tips Elak Kulit Muka Dari Jerawat

In Info & Ilmu

Tips Elak Kulit Muka Dari Jerawat – Sal rajin gak baca artikel macam mana nak bagi kulit muka kita sentiasa sihat selain menggunakan produk penjagaan muka atau skincare . Biasa la , pompuan kan mana nak lari dari kecantikan . Tumbuh jerawat sebijik kat muka pun dah mula gelisah . Betul tak ?

Kena Ambil Tahu Tips Elak Kulit Muka Dari Jerawat

Tips Elak Kulit Muka Dari Jerawat
Sal pun ade gak jerawat – Tips Elak Kulit Muka Dari Jerawat

So , Sal nak share cara untuk kita dapatkan kulit muka atau wajah yang sihat selain dari menggunakan produk . Bukan semua dari kita ni sesuai sangat dengan produk penjagaan muka yang terdapat di pasaran. Adakalanya penjagaan yang asli tu lebih penting tapi ada yang sering mengabaikan tanpa disedari .

Kalau korang perasan la , kecantikan masa kini dah mula ikut trend . Ramai yang mula sedar betapa pentingnya penjagaan kulit muka .  Yang baru nak beli produk penjagaan muka di pasaran mula memahami kandungan bahan yang ada dalam produk . Pada Sal sebelum kita nak pakai sesuatu produk , kita kena ambil tahu bahan yang terkandung supaya tak tersalah pilih dan bersesuaian dengan kulit muka .

Bayangkan bila sehari kita tak cuci muka , mesti rasa macam kekurangan ‘sesuatu’ kan ? Atau kita biarkan kulit muka tanpa sebarang calitan serum atau nite cream . Sal memang takleh la . Tapi sebenarnyakan , boleh je sebab selain produk penjagaan muka kita boleh biasakan diri melalui rutin penjagaan yang lain . Ada beberapa langkah penjagaan yang lain yang mampu menyumbang kepada kecantikan kulit muka .

Betapa Pentingnya Jaga Kebersihan Tips Elak Kulit Muka Dari Jerawat

Kadang korang mesti musykil kan sebab dah guna skincare atau produk penjagaan kulit yang mahal tapi muka still tumbuh jerawat ! Cuba korang tengok berus alat solek . Bila kali terakhir korang basuh ? Cara penyimpanan macam mana ? Betul atau main buh je dalam beg make up ?

Penjagaan berus alat soleh terutamanya untuk kulit muka penting tau . Jangan pandang ringan sebab berus tu jugak punca kulit muka bermasalah . Kena ada rutin pembersihan yang berganda sebab kita kerap gunakan berus untuk solekan setiap hari . Bila jarang dibersihkan atau tak pernah basuh tak kira la span foundation ke .. tu la antara punca jerawat muncul di muka .

Lepas ni korang jangan lupa basuh berus muka tu secara mingguan tau . Untuk foundation , concealer , berus blender ke please la kena cuci setiap kali penggunaan . Bila kita gunakan berus dengan produk yang mempunyai tekstur cecair  dan ditambah dengan penggunaan berus lembap.. ia lebih terdedah kepada bakteria . Untuk langkah selamat , kita mesti cuci setiap kali kita menggunakannya.

Bukan setakat berus make up je tau .. benda yang dekat dengan kulit wajah pun kena hati hati dari segi kebersihan . Contoh macam tangan , sarung bantal, rambut , skrin handphone . Mesti korang tak terfikir kan ? So mulai dari sekarang sila bawa tisu basah ke mana saja korang pegi . Pastikan dalam handbeg ada tau ! Bukan mahal sangat pun wet tisu tu kan .. hehehe .

BACA JUGA: Rahsia Kecantikan Semulajadi

Korang perasan dah kan yang produk tak semestinya berupaya mencantikkan muka . Yang paling penting kebersihan . So tak kira di mana kita berada .. apa yang kita buat , kebersihan tu kena utama . Dan Sal pun sedang berusaha ke arah tu sebab tak guna gak share Tips Elak Kulit Muka Dari Jerawat seandainya diri sendiri tak amalkan !

You may also read!

Pusat Pakaian Hari-Hari Pakaian Sedondon Harga Berbaloi

Pusat Pakaian Hari-Hari Baju Raya Sedondon Harga Berbaloi

Assalamualaikum dan Salam Akhir Ramadan 1442H . Rebutlah peluang pada 10 malam akhir Ramadan . Rugilah kepada golongan yang

Read More...
F&N Life Sedia Pelbagai Resipi dan Tips Masakan

F&N Life Sedia Pelbagai Resipi Dan Tips Masakan

Assalamualaikum dan Salam Ramadan 1442H . Harap korang semua sihat ya . Jaga diri dan kesihatan korang sebab ‘perang

Read More...
F&N Life Aplikasi Mudah Order Secara Online

F&N Life Aplikasi Mudah Order Secara Online

Assalamualaikum dan Salam Ramadan 1442H . Antara sedar atau tak .. kita dan pun masuk pertengahan Ramadan . Cepat

Read More...

5 commentsOn Tips Elak Kulit Muka Dari Jerawat

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu