Tips Kawal Emosi Penting Bagi Ibu Bapa – Ilmu parenting ni kan .. walau kekdahnya setinggi melangit pun kita superb dalam ilmu mendidik anak anak , ia akan gagal dan sia sia juga seandainya :
Kita tak mampu bertenang
Kita tertekan dan ada stress dalaman
Takde ilmu nak kawal stress anak
Takde ilmu nak kawal emosi sendiri

Tips Kawal Emosi Penting Bagi Ibu Bapa
Ilmu yang pertama sekali kita kena kuasai .. ilmu kawal emosi . Sal sendiri tak nafikan kadang tu bila emosi menguasai diri , yang jadi mangsa adalah anak anak . Dalam sesetengah keadaan terutamanya bila dalam keadaan ’emotional’ … mula rasa nak marah . Bila tersedar balik , kesian kat anak anak . Tak pasal jadi mangsa ! so sebab tu Sal nak bagitau tips kawal emosi penting bagi ibu bapa
Sal pun sentiasa mengingati diri sendiri . Dari semasa ke semasa cuba muhasabah diri . Dan antara pendekatan yang Sal ambil untuk mengawal emosi dan perasaan seperti :
-
Istighfar dan Selawat
Bila rasa penat dan kecelaruan fikiran , beristighfar dan berselawatlah kerana ia akan memberi kebaikan pada diri . Cuba buat sebab dari situ kita akan rasa ketenangan , kedamaian dan lega . Sukar untuk digambarkan tapi Sal harap korang dapat amalkan ya . Cuba berbuat sesuatu yang mendatangkan kebaikan pada diri sendiri .
-
Berusaha Kawal Minda
Sebagai langkah untuk kawal emosi , kita kawal minda terlebih dulu . Kita perlu bijak kawal emosi sebab ianya datang daripada minda separa sedar . Kebiasaannya lepas marah tu kita akan tersedar kan ? Nak menyesal macam dah tak guna sebab perkara dah berlaku . Apa kata korang cari ketenangan diri .. diam seketika dan bertenang ! Lakukan dalam 10 minit sehari . Cari tempat yang jauh dari gangguan yang korang rasa tenang dan selesa . Sambil tu zikir dalam hati supaya terlepas dari kegelisahan . Cuba la ya – Tips Kawal Emosi Penting Bagi Ibu Bapa
-
Kawal apa yang anda katakan dan fikirkan
Bila kita tengok persekitaran kita , apa yang kita dengar dan apa yang dilihat … try to be positif . Fokus pada nilai yang positif sahaja . Mana yang buruk tu kita biarkan dan jangan bubuh di hati la . Keadaan ni sedikit sebanyak melatih diri dan emosi ke arah lebih positif dalam apa jua situasi . Bila minda dah positif , kita akan lebih berprasangka baik dengan orang di sekeliling dan ini merupakan cara yang terbaik untuk terus hidup positif – Tips Kawal Emosi Penting Bagi Ibu Bapa
BACA JUGA: Tips Pengikat Kasih Sayang Bersama Anak
Korang cuba la ya . Buang sikap dan sifat negatif … bertukar kepada minda yang positif . Kadang tu dari dalam diri kita jugak . Bukan dari persekitaran . Tepuk dada tanya !!
2 commentsOn Tips Kawal Emosi Penting Bagi Ibu Bapa
tips bermanfaat ni .
kadang-kadang terlepas juga amarah pada anak….lepas itu.rasa menyesal.. dalam usaha untuk kawal emosi sebaiknya.