Tips Kecantikan Penjagaan Muka – Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan . Betul tak korang ?? Pada Sal .. kalau nak muka korang sihat dan bersih sentiasa , rutin penjagaan tu kena jaga . Tapi bila dah awal lagi surrender .. camne nak kekal muda jelita ?? Ada jenis yang nak cantik tapi malas .. waduh !
Kenapa Tips Kecantikan Penjagaan Muka Penting

Sebenarnya ramai jugak yang bertanya Sal guna produk apa untuk penjagaan kulit muka . Mana yang sempat dibeli kat drugstore dan yang ada promotion la jawabnya . Sape tak nak beli produk waktu sale kan ? Murah wehhh . Dan korang kena tengok jugak kesesuaian produk dengan kulit tu .
Bila dah pakai sesuatu produk , korang tengok la keserasian . Jangan main belasah je dan seandainya ok , nampak keberkesanan .. teruskan tapi sekiranya ada kesan sampingan . Stop !!
Mencegah lebih baik dari merawat . Yang ni kena ingat seumur hidup
Langkah penjagaan kulit muka Sal simple je dan dari dulu suka tengok cara wanita Korea kekalkan kecantikan muka dyorang . Bukan susah pun , korang follow gini :
1. Cuci wajah – Biasanya wanita Korea akan melakukan cucian wajah sejumlah dua kali . Cucian pertama untuk membuang solekan pada keseluruhan wajah . Cucian kedua pula dengan menggosok perlahan kulit bagi merangsang peredaran darah
2. Penyegar – Penyegar bertindak mengimbangi pH kulit dan menyediakan kulit untuk menerima manfaat atau khasiat produk penjagaan kulit lain yang digunakan selepas penyegar
3. Esen – Esen membantu untuk merawat kulit dan meningkatkan keupayaan bagi tujuan penyerapan manfaat produk lain
4. Serum – Wanita Korea menggunakan tiga jenis serum khususnya untuk menangani masalah kulit seperti antipenuaan , merawat tompok hitam dan menghidrat
Bila ada kelapangan atau kerajinan .. Sal akan continue dengan pemakaian Mask Face dan Krim mata . Boleh masukkan dalam rutin penjagaan kulit muka korang . Insyaa Allah dengan adanya kerajinan pasti akan dapat hasil yang memuaskan .
BACA JUGA: Pencuci Muka Terbaik Berkesan
Tetapkan rutin penjagaan kulit muka korang dan jangan sesekali tidur dengan muka yang penuh dengan make up . Elakkan dari beli produk tempatan yang korang sendiri tak tahu macam mana proses pembuatannya . Pesanan ringkas masyarakat ni korang hadam elok elok ya . Jangan kata Sal tak share !!
terbaik sis.. terima kasih kerana kongsi!