Tips Rapatkan Hubungan Anak Dengan Ibu Bapa – Adakalanya kerenah anak anak ni pelbagai ragam….bila diperhatikan betul betul boleh hilang stress pun ye jugak…Sal memang suka layan …kekadang tu geram gak tapi nama pun anak kan…so memang kena ada kesabaran ..
Setiap perbuatan anak memang kena pantau…tu sebab ada pepatah…’Meletur Buluh Biar Dari Rebungnya’ ….kita sebagai ibu bapa yang mencorakkan…anak tu ibarat ‘Kain Putih’…
Tapi ada gak ibu bapa yang leka…ambil mudah dalam didikan anak anak…haisssshhh….pada Sal…selagi ada masa yang terluang..dekatilah anak anak….ada masa tu borak je macam biasa…anggap anak tu kawan rapat…biarpun anak masih kecik…boleh je sebenarnya…ada anak anak yang cepat matang….
Part ni lagi satu….bila tengok anak tu pelat…tak perlu la nak cakap atau ajuk percakapan anak yang tengah pelat tu…boleh je kita balas dengan percakapan biasa…anak anak ni cepat faham dan apa yang diperkatakan cepat je dia tangkap..kalau dah pelat bebetul nanti…sendiri jugak risau kan…
![]() |
tengah memikirkan masalah negara ke tu…..sayang Khalaf… |
Baru ni Sal ada baca kat Majalah Pa & Ma cara untuk dekatkan anak anak dengan kita sebagai ibu bapa…tips yang sangat mudah dan memang itu yang Sal praktikkan selama ni…senang bila anak anak rapat dengan kita….banyak yang boleh dikongsikan bersama …takut gak Sal kalau anak anak jadi perahsia…
Antara tips untuk anak rapat dengan ibu bapa adalah:
- Melalui sentuhan – peluk….cium…beri kata kata pujian…dapat membantu pertumbuhan dan perkembangan minda yang cergas
- Golek bersama di atas katil – part ni memang best….suka Sal cuit anak anak sebab akan terpamer senyuman…jangan kata senyum…gegak ketawa pun boleh tahan…bila anak happy…kita pun suka gak…time bergurau senda gunakan sepenuhnya
- Riadah – seronok bila sesekali keluar untuk berhujung minggu…tak lengkap rasanya Sal bila tak keluar bersama sekeluarga..sesekali kita kena tukar angin kan….kesin gak kat anak anak kalau tak didedahkan dengan dunia luar…paling best bila dapat ke laut…bawka tengok bumi hijau ke…boleh kenal pokok pokok…
- Tonton bersama – ada masa tengokla rancangan program tv yang anak anak suka …sesekali tanya soalan cepumas…Sal suka je bertanya…citer apa ni…nanti galak anak bercerita…dah macam story telling..lucu…hehehe…
- Doa – setiap ibu bapa pasti nak yang terbaik untuk anak anak…berdoalah moga anak anak membesar dan menjadi anak yang soleh & solehah….doa yang baik baik dan bila bercakap tu kena ingat….keluarkan perkataan yang baik baik sahaja….doa ibu bapa paling mustajab untuk anak anak…
Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari
Leave a Reply