• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / Travel / Traveloka Saleabration Percutian Menjimatkan

Traveloka Saleabration Percutian Menjimatkan

August 22, 2019

Traveloka Saleabration Percutian Menjimatkan – Saban tahun Sal ternanti nantikan promosi percutian yang berbaloi untuk seisi keluarga , al-maklum la bila family besar ni kita mesti nak sesuatu yang menjimatkan .

Contents

  • Promosi Terbesar – Traveloka Saleabration Percutian Menjimatkan
        • BACA JUGA: Tour Packages Bersama Traveloka Lebih Murah dan Jimat

Nak beli pada harga biasa memang boleh tapi jika kita boleh berjimat , apa salahnya kan ?  so , jomla korang kita rebut peluang untuk dapatkan penjimatan berganda dan Sal plan nak tunggu Traveloka Saleabration yang bakal berlangsung dalam masa beberapa hari lagi.

Promosi Terbesar – Traveloka Saleabration Percutian Menjimatkan

Macam tahun tahun yang lepas , Sal tak lepaskan peluang untuk tengok Matta Fair deals dan kebiasaannya Sal booking untuk cuti sekolah . Pada yang kaki travel atau minat melancong mesti tak lepaskan peluang punya kan . Meh Sal nak share something harini …

Untuk info korang , kempen Traveloka Saleabration akan bermula 26 Ogos hingga 27 September 2019 ni dan fokus Sal nak melancong ke luar negara . Masih sempat lagi nak menabung sebab ikutkan perancangan macam nak berjalan masa cuti sekolah bermula nanti . Perancangan tu penting dan dari situ kita boleh belanja ikut kemampuan . Korang dan plan percutian ke ?

Seriously part perbelanjaan tu Sal tak berapa nak kisah sangat sebab pengalaman booking dan melancong dengan Traveloka memang tak pernah mengecewakan . Tapi sebelum ni hanya berjalan dalam negara . So untuk kempen yang baru ni Sal nak ajak Mr Hubby ke luar negara dan mungkin kalini nak ke Thailand . Sure anak anak happy  dan memang Sal teringin sangat nak bawak family jalan jauh sikit .

Dengan Traveloka ni kan , korang jangan risau sebab semua info hanya di hujung jari . Dan untuk itu ,Sal dah mulakan pencarian sebenarnya untuk survey flight promotion 2019 , penginapan (hotel) , pengangkutan … untuk percutian seterusnya . Sebab tu dok jengah web Traveloka , semua info dah tersedia . Pada Sal memang best la . Bila kita nak pergi ke sesuatu tempat percutian , mesti kita cari gali semua info kan ? Semua butiran sesuatu lokasi tu ada dinyatakan .

Contoh macam Sal nak melawat Cartoon Network Amazone di Thailand , Sal just layari melalui laman sesawang Traveloka . Semua butiran lokasi dan kemudahan yang ada di sana korang boleh baca . Bila dah baca tu pasti terpikat nak pegi wehhh dengan kepelbagaian tarikan gambar . Superb !!

BACA JUGA: Tour Packages Bersama Traveloka Lebih Murah dan Jimat

Info yang berguna dan serba lengkap tak membuatkan kepala korang pening . Jika terdapat kekeliruan, just mintak bantuan dari khidmat pelanggan yang sedia membantu 24 jam menerusi atas talian .

Traveloka Saleabration Percutian Menjimatkan

Jangan pulak ada yang kata melancong tu sukar ya ! Ramai jugak kawan kawan share info bersama Traveloka ni dan sebab tu Sal tak ragu dah . Pada yang dah ada plan tu , teruskan niat korang untuk luaskan pandangan ke negara orang . Bawaklah keluarga bercuti , bukan selalu pun dan bila dah ada buku merah tu takkan nak simpan je . Pilih destinasi yang tepat dan harus berbelanja ikut kemampuan sendiri ya ! Banyak sebenarnya destinasi pilihan luar negara yang korang boleh pegi . Nak merasa musim sejuk , apa kata cecepat booking flights … bukan apa , takut full booked !

Jangan lupa nantikan promosi percutian terbesar bersama Traveloka Saleabration dan luangkan masa bersama yang tersayang !!   

Travel

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Sakan di Putrajaya
Seketika Di Kuantan
Tenang Damai NyamanTenang Damai Nyaman
Previous: Nasi Minyak Simple Mudah Sedap
Next: Himalaya Women’s Wellness dan Bowel Wellness

Comments

  1. Julia Johari says

    August 28, 2019 at 11:17 am

    Wahhh bab2 travel ni suka. Ada pengalaman tempah dgn traveloka…best!

    Reply
  2. Yaya Natsumi says

    August 28, 2019 at 1:46 pm

    Memang menarik pakej percutian Traveloka ni. Lepas ni next trip boleh ambil dengan mereka hee

    Reply
  3. azni says

    August 28, 2019 at 4:32 pm

    hehehe kak azni pun dok eyeing promosi ni.. tolong lah doakan i dpt tiket murah nak p turkey yer

    Reply
  4. farhanajafri says

    August 28, 2019 at 4:36 pm

    bila melancong guna traveloka rasa mudah dan selamat sebab semua traveloka dah sediakan tinggal nak pilih je yang mana berkenan

    Reply
  5. Fadzil Ahmad says

    August 28, 2019 at 8:53 pm

    Wah. Dh ada perancangan nak jalan mane dgn traveloka ni ? Tak sabar nak tunggu utk booking. Nk survey price kalau murah, memang nak grab. I do love travel

    Reply
    • Halimah says

      August 30, 2019 at 9:54 am

      Traveloka buat sales lg medti murah2 pajej dia kena plan nk travel next year

      Reply
  6. Nadia says

    August 28, 2019 at 11:11 pm

    Jom cuti2 dengan traveloka..ejen carian mudah dan senang..mmg jmat klu bli time matta fair..lpas nie da boleh plan nk brcuti dgn fmly..

    Reply
  7. Mahamahu says

    August 28, 2019 at 11:43 pm

    Kita kalau nak travel sendiri memang kita tengok kat Traveloka dulu pastu baru tengok kat tempat lain sebab kita tahu sini boleh dapat semuanya dan juga murah serta memudahkan kerja tak perlu nak fikir banyak..

    Reply
  8. Zharif Azis says

    August 29, 2019 at 2:21 am

    Samalah kita !! Mesti tertunggu-tunggu sale dari traveloka. Suka ambik pakej dorg sbb jimat dan berbaloi. Nak bercuti pon rasa senang je. Nice jugak promosi terbaru dorg nie. Bolehlah set tarikh mana yg sesuai utk pergi bercuti

    Reply
  9. Ruby says

    August 29, 2019 at 2:23 am

    Setuju dengan Sal, if nak plan pergi bercuti. Kita wajib carigali info. Memudahkan kita.

    Di traveloka dah siap semua. Ada info yang berguna dan serba lengkap untuk kita.

    Reply
    • Decamellia says

      August 29, 2019 at 10:04 am

      Senang ada traveloka ni kan? Tinggal search aje nak pergi mana. Semua details termasuk kemudahan semua dah ada. Jom luaskan pandanganmu dgn Traveloka 😀

      Reply
  10. adianiez AIDA says

    August 29, 2019 at 9:18 am

    traveloka memang ok.
    all in. kita tak payah dah nak meraba mencari deal yg lain.
    tapi tu la. now xde plan nak ke obersi, sal.
    maybe next year nak ke jiran sebelah jer, spore.
    ni best ni kalau dpt grab memana offer traveloka ekk.
    tapi tu la, sal, bila kita da stucked dgn anak yg nak exam besar every year, jadik tak syok nak berjalan jauh.
    hu hu hu hu hu sedih!

    Reply
  11. Ruby says

    August 29, 2019 at 10:30 am

    Ruby kalau plan travel mesti tengok web traveloka ni. Senang nak survey dan plan itenari. Al maklumlah travel dengan anak. Hehehe

    Reply
  12. mas saari says

    August 29, 2019 at 12:49 pm

    Wahhh macam tau² kita plan nak bercuti hujung tahun ni, nanti nak usha web Traveloka lah.

    Reply
  13. miedajaz says

    August 29, 2019 at 1:51 pm

    Memang menjimatkan dan mudah dengan Traveloka. Info pun hanya perlu tekan aje..download apps traveloka dan terus mencari…bestkan..:)

    Reply
  14. Mira Cikcit says

    August 29, 2019 at 5:07 pm

    Ok nak check out traveloka sekarang. Memang tengah cari tempat percutian sebab suami cakap nak bercuti tapi tak jumpa lagi promo best. Ni dah tahu ni, bolehlah cuba.

    Reply
  15. farah wahida says

    August 30, 2019 at 11:52 am

    best traveloka ni. harga istimewa

    Reply
  16. Bonda chanteq says

    August 30, 2019 at 1:01 pm

    Siapa yg xkenal trevaloka…yg banyak menawarkan pekej2 bajet dan jimat…BC pn akan layari trevaloka jika hendak bercuti…jom ramai2 serve website trevaloka utk cari pakej percutian menarik…

    Reply
  17. liez says

    August 30, 2019 at 5:31 pm

    liez pun tak sampai lagi negara jiran thailand tu.. kalau ada rezeki mmg nak sangat ke sana. dengan promosi traveloka memang masa yang tepat kalau nak g travel bersama keluarga

    Reply
  18. syamimi says

    August 31, 2019 at 7:53 am

    Traveloka selalu buat promotion kan..
    Dah lama tak belek belek traveloka walaupun kita bukan selalu travel. hihi
    tapi sesekali seronok la juga tengok apa tawaran menarik yang ada.
    So boleh la share info dengan adik dan kawan-kawan juga..

    Reply
  19. TENGKUBUTANG says

    September 3, 2019 at 10:03 am

    Ramai bagi review best kalau nak travel melalui Traveloka ni.. ada macam-macam pakej boleh kita pilih .. senang dan mudah je kalau nak set percutian kita dimana-mana.. terbaik…

    Reply
  20. Lia Hasty says

    October 1, 2019 at 10:20 pm

    Traveloka kalau buat sale kan memang seram. Rasa nak booking semua je kan pakej yang ada.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Koperasi Tentera Keahlian Dan Manfaat
  • Kiblat Cari Arah Dengan Mudah
  • Tadika Al Baghdadi Sri Gombak 2024
  • Doa Qunut Solat Subuh
  • Cuti Sekolah 2023 Takwim Sekolah 2024
  • Kelas Online UPKK Percuma Ustazah Azizah
  • Tasneem Naturel Cough Patch dan Sleep Tight Patch – Neelofa Guna Untuk Bilal
  • Salam Jumaat Zikir Jumaat
  • Doa Tahajud Dan Panduan Ringkas

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM