Setiap dari kita pasti memiliki bulu mata yang tanpa kita sedari punya keunikan yang tersendiri…pada yang lentik tu bonus tau…comel gitu…dan fungsi utama bulu mata adalah untuk melindungi mata daripada kekotoran…peluh…habuk…sampah halus yang berterbangan atau air daripada masuk mata dan boleh mencederakan organ penglihatan manusia yang penting ni…
Untuk info bersama…kelopak mata mempunyai 200 hingga 300 helai bulu mata dan jumlah bulu mata di bahagian bawah mata…area kelopak bawah pulak lebih sedikit ….kira kira 100 helai sahaja..serious…baru Sal tau..nampak sikit…tapi Subhanallah…
Lebih menarik lagi…demodex atau lebih dikenali sebagai hama halus sering jadikan bulu mata sebagai tempat tinggal…tu dia…padanla sesekali mata akan rasa gatal…rupanya ada yang menghuni…tapi jangan risau sangat…walaupun hama…ia tetap mempunyai fungsi yang unik di mana mampu membersihkan folikel bulu mata daripada kekotoran..
![]() |
Sumber: Google |
So..lepas ni jaga bulu mata elok elok ya…nampak macam mudah tapi kena ambik berat gak…
Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari
Leave a Reply