| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat |

Dalam pada badan sengal ni gigih lagi nak mem’baking’ . Name pun pompuan , mane reti nak dok diam kan . hehehe .. Kebetulan Sal terperasan ada tepung cookies dalam cabinet dapur . Kalau tak buat sekarang nanti lupa , expired , membazir pulak kan . Apa kata kita buat vanilla cookies simple untuk kudapan minum petang .

Senang Sangat Vanilla Cookies Simple Kudapan Minum Petang

Bukan susah pun resepi .. meh Sal nak share resepi..

Bahan – bahan:

 1/2 buttercup
 1/4 cawan gula castor
 1 sudu kecil esen vanila
 1 sudu baking powder
 1 cawan tepung gandum
 2 sudu besar tepung jagung

Cara Buat:

Pukul buttercup dengan gula castor hingga warna keputihan (kembang) .
Sementara tunggu adunan tu kembang , ayakkan tepung gandum dan baking powder .
Lepas adunan buttercup dan gula tu kembang, masukkan esen vanila .
Bila dah sebati, masukkan tepung yang siap ayak tadi sedikit demi sedikit .
Adunkan hingga sebati dan semuanya bersatu… Lepas tu baru masukkan tepung jagung dan gaul lagi sebati .
Dah sebati , buatlah bentuk apa yang disukai . Nak buh dalam paiping bag pun boleh ..
Hias ikut suka dan Sal guna choclate chip je sebab tu yang ada .
Bakar dalam oven, api atas bawah suhu 160 darjah celcius selama 15 minit…
Dah masak, sejukkan dan boleh la makan . Sedap dan ranggup  . Selamat mencuba ya , bila makan ade la krakkkk  …  kkkrrruupp  ….
Siap!!
Vanilla Cookies Simple Kudapan Minum Petang
kudapan di waktu petang….

 

Jimat sikit nak beli dan rasanya boleh tahan dari segi harga . Tambah sekarang ni semua dah serba serbi mahal . Tu yang Sal try buat Vanilla Cookies Simple untu kudapan minum petang . Resepi asal Sal amik dari Sis MariaFirdz .

Terkebetulan kak ipar nak singgah rumah , dia cikgu sekolah dan untung betul cikgu sekolah kan sebab hujung tahun ni la nak pulun berjalan . Yelah , bila dah penat keja nak jugak berehat .. ye tak ?? heehee

BACA JUGA: Cream Cracker Cheese Cake