Wajah Sentiasa Sihat Berseri – Tanya la mana mana perempuan tentang kecantikan .. ade ke yang tak suka nampak cantik ? Tapi adakalanya subjektif juga . Jangan hanya cantik luaran tapi dalaman … hurrmmm . Seeloknya jaga dalaman dan secara tak langsung akan nampak di luaran .
Wajah Sentiasa Sihat Berseri Idaman Setiap Wanita
Korang kalau nak cantik … pertama sekali kena jaga pemakanan . Minum banyak air kosong dan jadikan amalan seharian . Makan sayuran dan buahan lebih supaya seri keluar kat muka . Sal pun tengah cuba gak nak makan buah tu ha . Sayur memang amalkan … tak lengkap rasa kalau makan nasi tanpa sayur . ulam pun takpe .
Dan ada yang perlu korang tahu , dalam kita menjaga kecantikan seri wajah atau muka ni kan … ada makanan yang perlu kita kurangkan !
Baca betul betul ya … dan ingat , kalau nak hafal terpulang …
- Gula – Awasi pengambilan gula dalam makanan sebab jerawat suka gula tau . Seandainya korang perasan , bila jerawat tu tengah ‘masak ranum’ susah betul nak surut sebabkita banyak makan makanan yang mengandungi gula yang tinggi . So .. sila kurangkan
- Kafein – Salah satu punca yang boleh menyebabkan keanjalan kulit kurang atau menurun . Kena hadkan pengambilan dan Sal pun tengah cuba jugak la kurangkan sebab Sal peminat tegar kopi . Dan kafein ni bukan dalam kopi je . Banyak lagi makanan yang mengandungi kafein seperti makanan bersoda , cokelat , teh . Kita slowkan pengambilan kafein dan minum air kosong .. hehehe
- Fast food dan makanan yang diproses – Makanan ni diawet dan ditambah dengan perasa . Banyak terdapat dalam burger , sosej , biskut , makanan dan minuman ringan . Kandungan bahan peasa tu tak elok sebab boleh menyebabkan pori tersumbat dan akhirnya kulit kusam dan tak berseri .
- Makanan Laut – Mengandungi iodin yang boleh menyebabkan pori kulit muka tersumbat dan timbulnya jerawat . Makana laut bukan tak boleh dimakan .. boleh tapi berkadaran dan paling elok makan ikan putih yang mempunyai omega-3 yang baik untuk kulit
BACA JUGA: Rahsia Kecantikan Semulajadi
Nak cantik juga perlukan kesabaran … dan jangan pakai skincare yang belum tentu sesuai dengan kulit muka . Pandai la korang pilih yang terbaik dan satu pesanan Sal , jangan terlalu ikut orang atau iklan di media sosial ya !
kandungan 100% dari bahan semulajadi madu berasaskan minyak dan kalis air .. best pakai ni sebab makeup mudah ditanggalkan
Akhir2 ni akak suka betul makan manis manisan tau dan juga kafein padahal akak dah berbulan puasa kafein dan fast food hihi agaknya relapse or rebound kut, tu pasal nengok muka kurang seri ekkk
memang kena kuat semangat kalau nak kurangkan makanan bergula, kafien ni kan. banyak benda yang boleh dicantikkan kalau betul2 disiplin. muka cantik, kurus yang penting badan pun sihat
Ohhh… Safi dah ada Micellar baru. Nanti boleh cuba. Sis memang guna penanggal makeup Safi sebab ianya serasi dengan kulit wajah Sis.
wah..ada yang baru lagi la. sekarang guna garnier, boleh la try safi plak nanti. Bab jaga makan tu memang penting untuk kulit. gula tu kalau boleh cut off..tapi ida tak boleh lg cut off..kurangkan yes boleh
Memang betul kena jaga pemakanan dan gaya hidup. Jangan lupa juga untuk bersenam dan sentiasa menjaga hubungan dengan Allah swt, insyaAllah akan dipermudahkan semua urusan kita kan.
wahhh bagus produk Safi mecellar ni gunakan madu sebagai bahan utama. Setahu zul madu memang bagus untuk kulit
Aduh bab kafein tu tak boleh nak kurangkan la. Memang amik kafein je setiap masa. Air masak kalau kat opis je minum. Adui teruk betullah. Btw, memang pakai Safi juga untuk serum. Lepas ni boleh cuba Micellar water safi lak.
thanks kak sal bagi tips, insaf sikit dari makan sedap2 jer tahu,hehe… cam best pulak produk terbaru Safi tu, tak cuba lagi. nnt nak cari lah
If not mistaken dulu pernah nampak family member guna produk ni, saya sendiri belum pernah try lagi. Baca review ni nampak macam best jer
memang kena kurangkan kafein lah nak muka awet muda!huhu! btw kita suka juga produk safi!!
Kalau jumpa seafood tu la yang tak boleh nak control. Nice tips!
bestnya produk ni…boleh jadikan wajah kita cerah dan berseri-seri semulajadi…tapi apapun kenalah pakai secara konsisten kann
Jenama Safi ni cukup ramai yang gunakan, kat rumah Mat Drat pun mmg gunakan beberapa produk Safi
Orang perempuan suka lah bila wajah cantik dan berseri-seri ni heheh orang laki tambah sayang lagi wakakakka. Ada produk baru dari Safi untunglah jadi orang perempuan…
Kita pun pakai product Safi . Sebab Safi ni selamat, gentle to skin dan diyakini halal. Lagi pun Safi kan produk yang dikenali ramai.
Thank you share tips ni. Tengah cuba menjaga pemakanan ni. Gula pon dalam usaha nak kurangkan