Wooden Intelligence Cambah Kreativiti Anak Anak – Korang penah dengar tak Wooden Intelligence ? Haaaa … Sal pun baru ni je tahu . Tu pun lepas dapat dan anak anak teruja lak buat . Yang kita ni bila tengok anak bersungguh buat … tumpang sekaki je la .
Betul Ke Wooden Intelligence Cambah Kreativiti Anak Anak
Zaman dulu mungkin ada tapi tak mampu nak beli . Nak banding dulu dengan zaman sekarang ni memang teramat jauh bezanya . Permainan sekarang rata ratanya mengikut perkembangan semasa dan sebagai parents kita perlu bijak memilih . Tak semestinya beli yang terlalu mahal dan yang murah tu bukanlah tak elok langsung kan !! Jadinya ada beberapa sebab Sal katakan Wooden Intelligence Cambah Kreativiti Anak Anak

Sal pun untuk permainan anak anak , asalkan boleh menguji minda dan berbaloi Sal akan grab . Rasanya , mak pak yang lain gitu jugak kan ?? Meh kita tengok jap keistimewaan Wooden Intelligence dan kenapa Sal recommended sangat sangat …
Keistimewaan Wooden Intelligence Untuk Anak Anak
Kreativiti anak anak akan lebih terserlah dalam menyusun bentuk yang menjadikan ianya sangat seronok dimain secara tradisional . Macam Khalish & Khaleef bebas untuk menyusun apa jua bentuk mengikut imaginasi masing masing . Untuk Wooden Intelligence , ada jugak disertakan contoh gambaran reka bentuk dan anak anak boleh follow ikut gambarajah yang disertakan .
Bukan setakat tu je .. anak anak boleh jugak menyusun atau masukkan balik setiap wooden tu ke dalam kotak kayu tu balik . Cuba la korang try tanpa refer pada gambarajah sebenar .. Sal rasa kita yang dewasa ni pun boleh tertewas … huhuhu
BACA JUGA: Tips Burnout Dalam Menguruskan Anak
Best tak ?? Wooden Intelligence ni idakle mahal sangat pun, hanya RM30 (Kos Pos SM RM8, SS RM12) . Siap dapat extra wooden tau .. cuma size kecik skit .. ok la kan .
Musim cuti sekolah ni terkadang tu buntu jugak nak cari permainan anak anak . Korang jangan risau ..sekarang ni kita order online jaa . Hanya di hujung jari kan ??
Dan , sebagai info tambahan . Pada yang nak cari info tentang kelas tambahan secara online bagi sekolah rendah dan menengah .. korang singgah sini ya :
Secara tak langsung boleh develop motorskill budak2 ni…
Saya pun suka belikan anak2 wooden toys gini
Sy perhatikan anak sy bermain benda ni. Setiap hari ada perkembangan yg baik kita nampak. Memang bagus utk perkembangan otak mereka.
Sebenarnya bukan je anak2 yang suka main ni.. Kita yang mak bapak pun teruja untuk cuba selesaikan bongkah2 kayu ni kasi fit semua :D. hahaha. sebab suami saya pun baru belikan untuk anak… kita pun cuba la … 😀
cantik dan sangat bagus untuk meransang pemikiran anak-anak supaya lebih fokus dan kreatif.
apa orang kata.
mengaktifkan sel-sel otak berhubung..
terbaik dan menarik
ada beli dulu, mana hilang dah
Memang masa anak kecik, mainan macam ni akan kuatkan motor skil anak. Warna yg menarik juga elok utk anak2 kita.