Wooden Intelligence Cambah Kreativiti Anak Anak

In Parenting

Wooden Intelligence Cambah Kreativiti Anak Anak – Korang penah dengar tak Wooden Intelligence ? Haaaa … Sal pun baru ni je tahu . Tu pun lepas dapat dan anak anak teruja lak buat . Yang kita ni bila tengok anak bersungguh buat … tumpang sekaki je la .

Betul Ke Wooden Intelligence Cambah Kreativiti Anak Anak

Zaman dulu mungkin ada tapi tak mampu nak beli . Nak banding dulu dengan zaman sekarang ni memang teramat jauh bezanya . Permainan sekarang rata ratanya mengikut perkembangan semasa dan sebagai parents kita perlu bijak memilih . Tak semestinya beli yang terlalu mahal dan yang murah tu bukanlah tak elok langsung kan !! Jadinya ada beberapa sebab Sal katakan Wooden Intelligence Cambah Kreativiti Anak Anak

Bersungguh betul dua beradik ni buat Wooden Intelligence …moga bercambah kreativiti anak anak ibu ya !!

Sal pun untuk permainan anak anak , asalkan boleh menguji minda dan berbaloi Sal akan grab . Rasanya , mak pak yang lain gitu jugak kan ?? Meh kita tengok jap keistimewaan Wooden Intelligence dan kenapa Sal recommended sangat sangat …

Keistimewaan Wooden Intelligence Untuk Anak Anak

Kreativiti anak anak akan lebih terserlah dalam menyusun bentuk yang menjadikan ianya sangat seronok dimain secara tradisional . Macam Khalish & Khaleef bebas untuk menyusun apa jua bentuk mengikut imaginasi masing masing . Untuk Wooden Intelligence , ada jugak disertakan contoh gambaran reka bentuk dan anak anak boleh follow ikut gambarajah yang disertakan .

Bukan setakat tu je .. anak anak boleh jugak menyusun atau masukkan balik setiap wooden tu  ke dalam kotak kayu tu balik . Cuba la korang try tanpa refer pada gambarajah sebenar .. Sal rasa kita yang dewasa ni pun boleh tertewas … huhuhu

Best tak ?? Wooden Intelligence ni idakle mahal sangat pun, hanya  RM30  (Kos Pos SM RM8, SS RM12) . Siap dapat extra wooden tau .. cuma size kecik skit  .. ok la kan .

Musim cuti sekolah ni terkadang tu buntu jugak nak cari permainan anak anak . Korang jangan risau ..sekarang ni kita order online jaa . Meh cuci mata jap kat EduKidsZone . Nak PM Sal pun boleh atau whatsapp dengan team EduKidsZone pun boleh . Nyatakan KOD KUPON DISKAUN SalinaEduKidsZone .

 

You may also read!

Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Tatkala Negara kini masih ‘berperang’ mendepani pandemik COVID-19 yang semakin berleluasa ..masih ada beberapa perkara yang perlu diteruskan ‘perjuangan’

Read More...
Beli Emas Online Secara Pakej Menabung Harga Murah I Kedai Emas Hajjah Halijah

Beli Emas Online Secara Pakej Menabung Harga Murah I Kedai Emas Hajjah Halijah

Dalam tak diam , tahun 2020 dah pun berlalu dan yang pastinya meninggalkan pelbagai kenangan kan !?  Sal pun

Read More...
Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Terbaik 2021

Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Terbaik 2021

Sepanjang musim Negara dilanda pandemik COVID-19 ni kan , antara perkara yang merisaukan Sal adalah pembelajaran anak anak .

Read More...

7 commentsOn Wooden Intelligence Cambah Kreativiti Anak Anak

  • Secara tak langsung boleh develop motorskill budak2 ni…
    Saya pun suka belikan anak2 wooden toys gini

  • Sy perhatikan anak sy bermain benda ni. Setiap hari ada perkembangan yg baik kita nampak. Memang bagus utk perkembangan otak mereka.

  • Sebenarnya bukan je anak2 yang suka main ni.. Kita yang mak bapak pun teruja untuk cuba selesaikan bongkah2 kayu ni kasi fit semua :D. hahaha. sebab suami saya pun baru belikan untuk anak… kita pun cuba la … 😀

  • cantik dan sangat bagus untuk meransang pemikiran anak-anak supaya lebih fokus dan kreatif.

    apa orang kata.

    mengaktifkan sel-sel otak berhubung..

    terbaik dan menarik

  • ada beli dulu, mana hilang dah

  • Memang masa anak kecik, mainan macam ni akan kuatkan motor skil anak. Warna yg menarik juga elok utk anak2 kita.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu