Nak Jaga Hati Orang Lain , Jaga Dulu Perkataan dan Perbuatan
sebelum nak memperkatakan sesuatu….kena fikir dalam dalam…
BACA JUGA: MOTIVASI BILA ADA YANG SUKA AMBIL KESEMPATAN
Fikir Sejenak Dan Renungkan
FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah An-Nisa’, ayat 148)
Antara tuntutan ajaran al-Quran kepada umat ini ialah menyeru mereka memberi ucapan dan menzahirkan perkataan yang baik. Ia adalah nikmat dan hak yang dikurniakan oleh Allah SWT dan sabda Rasulullah SAW: “Setiap individu mempunyai hak untuk berbicara.” (Riwayat Ahmad)
Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (Surah Qaf, ayat 18)
Jaga Lisan Kunci ke Syurga
Menjaga perkataan merupakan perbuatan yang sangat penting dalam Islam . Jagalah lisan iaitu menghindari dari bercakap tentang sesuatu yang buruk dan yang tidak bermanfaat
Rasulullah SAW berpesan kepada semua orang iaitu sekiranya mereka beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka hendaklah ia mengeluarkan tutur kata yang baik, dan sekiranya tidak ada sesuatu yang baik yang hendak diperkatakannya, maka hendaklah ia berdiam diri sahaja.
Sentiasalah berusaha dalam berbuat baik dan sentiasa memohon kepada Allah SWT walaupun ada kalanya perkataan yang diucapkan oleh orang lain membuatkan kita akan berasa terguris hati . Jangan sesekali menyimpan dendam kesumat yang akhirnya berupaya
Leave a Reply