Salam Hari Ulang Tahun Kelahiran ke-7 Angah – Merupakan anak kedua yang lahir pada bulan Disember . Boleh tahan manja dan tak terlalu banyak kerenah . Tapi sesekali bila meletup angin .. sabar je la ibu .
Kata orang tua tua , anak yang lahir hujung tahun ni agak lambat sikit penerimaan dia . Contoh dari segi perilaku akan lambat sikit berbanding dengan rakan sebaya yang lahir pada awal tahun . Bila Sal perhatikan , ada la sikit tapi tidakla keterlaluan . Boleh je dia ikut rentak dengan kawan kawan .
Sebagai parents , kita perlu monitor dan bagi tunjur ajar sewajarnya pada anak . Lambat laun anak akan follow juga mengikut kaedah yang dipelajari . Jangan la bila anak tu dah sekolah , segalanya dilambakkan pada cikgu semata . Salah tu .. ibu bapa kena sentiasa bersama anak anak .
Salam Hari Ulang Tahun Kelahiran ke-7 Angah
Korang sebagai parents kena beringat , jangan biarkan anak ‘berjalan’ sendiri . Langkah pertama anak bermula dari rumah . Sesibuk mana pun Sal dengan kerja , anak anak tetap Sal pantau dan ambil berat . Masa anak kecil la kita mampu lagi nak bentuk – melentur buluh biar dari rebungnya .
Tanggungjawab Sebagai Parents Amat Besar – Salam Hari Ulang Tahun Kelahiran ke-7 Angah
Luangkanlah sedikit masa untuk anak anak .. biar pun sekejap cuma . Amanah Allah SWT yang perlu kita lunaskan sebagai parents sebelum kita tutup mata . Seriously , biarlah sepenat manapun kerja .. bila balik rumah tengok wajah anak anak terus hilang penat . Kadang tu pening jugak sebab semua serentak nak meluah rasa pada ibu .. hehe . Haru jadinya tapi pada Sal , masa anak kecil la rumah akan bising pun .
Panjang pulak Sal membebel tentang anak anak , bukan apa .. peringatan untuk diri sendiri jugak . Sal ni kadang terleka jugak tapi sehabis daya akan cuba untuk bersama anak anak .
Dan pesanan untuk anak angah sempena ulang tahun hari kelahiran mu …
Semoga Muhammad Khilfi Khaleef membesar sebagai seorang anak yang soleh . Dipermudahkan dalam apa jua urusanmu kelak baik di dunia mahupun di akhirat . Sentiasa di bawah lembayung keredaan dan rahmat Allah SWT – Aamiin
Salam Hari Ulang Tahun Kelahiran ke-7 Angah
Ibu tak kan pernah rasa menyesal untuk melahirkan anak anak ibu ke dunia tetapi kekesalan akan hadir sekiranya ibu gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu .
betul tu kena pantau dari kecil kan. jangan biar sendiri. happy belated beday angah! 😀
jemput join segmen blog saya 🙂 http://www.sayidahnapisah.com/2019/01/8-juta-special-bloglist-sayidah-napisah.html