Cara Penjagaan Tangan dan Jari – Banyak kegunaan tangan dan jari ni kan ? Korang pernah terfikir tak .. hehehe . Tangan dan jari merupakan organ yang sangat penting digunakan bila kita buat kerja rumah , dok taip handphone , laptop atau komputer , makan dan sebagainya . So , korang jagalah sebaik mungkin ya !
Perlu Tahu Cara Penjagaan Yang Betul
Sebelum ni Sal sendiri jarang nak amik berat tentang penjagaan tangan dan jari tapi bila tengok makin kering … risau pulak . Mula nak cari pelbagai tips . Melalui pembacaan , penting oii penjagaan tangan dan jari . Bukan muka je kita kena jaga .
Semakin meningkatnya usia , makin jelas perubahan pada tangan . Korang perasan ke idak ? Sal memang dah lama perasan tapi sebab malas .. tu kadang antara faktor utama endah tak endah je .
Bukannya Sal takde lotion penjagaan tangan , semua serba lengkap kat dalam rumah cuma masa tak mengizinkan .. huhuhu salahkan masa walhal sendiri yang tak beratkan nak guna .
Cara Penjagaan Yang Mudah Untuk Tangan dan Jari:
1. Pastikan tangan dan kuku kekal lembap – Pelembap sangat pentingya untuk tangan dan jari kekal lembap pada kulit
2. Kerap potong kuku – Potong kuku setiap2 minggu sekali . kita disarankan untuk memotong kuku dengan bentuk bulat dihujung berbanding bersegi
3. Jangan jadikan kuku sebagai alat – Haaa … yang ni kena jaga ya sebab korang sure suka guna kuku sebagai alat untuk buka penutup air tin , buka tin biskut atau tanggalkan tanda harga . Apabila tekanan diletakkan di bahagian hujung jari akan menyebabkan kuku pecah .
4. Ubah gaya hidup diet yang sihat – Amalkan diet yang seimbang dan gaya hidup sihat . Protein dan kalsium jaga ya bagi membantu kesihatan dan kekuatan dalaman kuku
BACA JUGA: Losyen Untuk Tangan
So lepas ni korang jangan ambik mudah untuk penjagaan tangan dan jari . Sekiranya tak dirawat dari sekarang , takut akan lebih mudarat . Better jaga semampu yang boleh memandangkan di pasaran banyak losyen atau pelembap yang bersesuaian untuk dibeli .
Pilih yang bersesuaian dengan bajet ya !!
Leave a Reply