• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / Info & Ilmu / Sunway Lagoon Water Park Percutian Singkat Yang Menyeronokkan

Sunway Lagoon Water Park Percutian Singkat Yang Menyeronokkan

December 4, 2017

Sunway Lagoon Water Park Percutian Singkat Yang Menyeronokkan – Baru ni Sal sekeluarga sempat bercuti di Sunway Lagoon . Memang tak pernah pegi pun dan buat pertama kalinya Sal jejak kaki ke sana . Terkasima jugak la bila masuk sebab kawasan Sunway ni amatlah  besar dan Sal dah mula terbayang tentang keselamatan anak anak .. huhuhu . Anak tengah membesar ni kebiasaannya minat nak explore mereka ‘amat luar biasa’ dan di luar kotak pemikiran kita.

Sesampai je di Sunway Lagoon , keadaan masih terkawal walaupun dah ada pengunjung yang lebih awal dari kami untuk dapatkan tiket masuk . Kena awal sebab nak elakkan kesesakan dan biasala bila anak anak dah nampak air , tak tentu arah jadinya dan kita pun jadi kelam kabut nak kawal .

Punyala gembira anak anak Sal .. terus nak tukar swimming suit . Seronok tak terkata sebab ada ‘beach’ dalam Sunway ni rupanya . Jangan kata anak , Sal pun dah terikut sama tapi masih boleh kawal emosi lagi … haru lak … kihkihkih.

Percutian kali ni boleh dikatakan ala ‘familyday’ sebab Sal datang dengan beberapa family dari officemate Mr Hubby . Ada la dalam 5 family . Seronok jugak bila sekali sekali gather , faham la kan . Sembang tak hengat .

Apa pun bila di tempat terbuka ni keselamatan anak paling utama . Mata Sal memang tak lepas pada anak anak . Jangan tak tahu , dalam tak lepas tu kan .. tetap ‘lost’ jugak Khaleef sekejap .  Banyak sangat tarikan dalam Sunway ni . Tambah pada anak anak yang suka kan air , memang berbaloi datang sini . Main air sampai keletihan . Jom cuci mata jap dengan aksi anak anak Sal dalam air .

Kalini Sal memang fokus sikit pada Kaariz . Ingat takut air .. rupanya tak langsung . Lama jugakla dia dok dalam air dengan pelampung khas dia yang Sal beli sejak zaman Khalish baby lagi . Tahan betul . Bila ajak naik mengamuk lak dia .. penyudahnya Sal biar dia berendam dalam pool . Agak agak dia jauh ketengah , Sal mintak sape yang ada tolak dia ke tepi . Bila Mr Hubby ada , dia la dok jaga kejap . Selebihnya Sal perhati dari tepi pool .. boleh gitu ?? hehehe

Dan yang paling happy haritu adalah Khalaf !! suka sangat Sal tengok gelagat dia masa kat Sunway Lagoon . Sebelum ni dialah yang paling takut air . Alhamdulillah dah tak takut . Yeaayyyyyy … ibu happy sangat sangat . Maybe sebab selalu bawa dia turun pool  jadi lama kelamaan rasa takut tu hilang sendiri .

sunway lagoon

Sal tak sempat sangat nak snap gambar dan follow Khalish & Khaleef sebab dyorang dah follow family bff rounds area lagi . Nasib jugak la bercuti dengan family lain , atleast Khalish dan Khaleef sempat ke tempat lain . Nanti Sal sambung story lagi ya . Tu pun tengok pada kerajinan … huhuhu

Kegembiraan anak anak adalah satu kepuasan pada Sal . Tak perlu jauh pun nak bercuti sebenarnya dan sila ikut kemampuan sendiri !!

Info & Ilmu, Parenting

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Milk Booster Untuk Ibu Menyusu , Shatavari Himalaya
Farm In The City Malaysian Village Themed Petting ZooFarm In The City Malaysian Village Themed Petting Zoo
Baju Bendera Malaysia Sempena Sambutan KemerdekaanBaju Bendera Malaysia Sempena Sambutan Kemerdekaan
Previous: Konvokesyen PraSekolah Khaleef Tema Bollywood
Next: Wooden Intelligence Cambah Kreativiti Anak Anak

Comments

  1. Fadzi Razak says

    December 4, 2017 at 9:34 pm

    Teringin lame dah nak pergi sunway lagoon ni. Tapi nak kene tunggu anak besar sikit lagi baru pergi. Kalaupergi sekarang, banyak benda yang tak boleh nak main sebab tak cukup ketinggian hahahhaa

    Reply
  2. Lia Hasty says

    December 4, 2017 at 9:53 pm

    Sunway lagoon memang tempat menarik bukan sahaja untuk famili tapi juga untuk datang dengan kawan2. Banyak aktiviti dapat buat kat sana.

    Reply
  3. Mahamahu says

    December 4, 2017 at 10:29 pm

    Lama rasa tak pergi Sunway Lagoon ni walaupun rumah sejengkal jer hehehehe banyak perubahan yang terjadi dan pemainan makin bertambah menarik..

    Reply
  4. Betty says

    December 4, 2017 at 10:30 pm

    They so happy when go theme park. You little baby so smart as he does not scare of water.

    Reply
  5. Hanny Abdullah says

    December 5, 2017 at 1:19 am

    Lama betul tak ke Sunway Lagoon, anak2 pun dah besar nak ajak ke sana tak nak pulak diorg. Kalau ada bebudak seronok sikit kita kat sana

    Reply
  6. JMR says

    December 5, 2017 at 5:09 am

    Sunway Lagoon ni memang antara tempat menarik yang boleh dikunjungi sepanjang cuti sekolah ni..seronok anak-anak mainn air kan

    Reply
  7. Mek Onie says

    December 5, 2017 at 7:45 pm

    Suka p sunway lagoon! Tapi tiket sekarang mahalkan..nnt akak try pegi lost world of tambun lak tau. Confirm best!

    Reply
  8. Wan Syahida says

    December 11, 2017 at 1:03 am

    So cute and seronoknya !! Anak2 dah besar, sesuai ke sini.. boleh manfaatkan semua permainan ;D

    saya pun, rumah sekangkang kera je ngan Sunway Lagoon ni haha.. Tapi tak pernah bawak anak2 lagi. Masa saya kecik2 yang beberapa kali dah pergi…

    By the way, ni baru wet park kan?? Belum yang dry park lagi. Memang kena gi banyak hari untuk enjoy semua 😀

    Reply
  9. Suria Amanda says

    December 18, 2017 at 2:06 pm

    Dah 2 kali pi Sunway lagoon ni…DAnia pun dah mintak nak pi sini lagi..walau dah besar panjang dah….kena la pi jugak..tp cuti sekolah memang ramai kan…kena beli tiket online kalau nak murah…kalau walk in rasanya bleh tahan mahal ni…

    Reply
  10. Jia Shin Lee says

    December 18, 2017 at 8:42 pm

    Nice, the kids must have enjoyed themselves very much, I used to go to Sunway Lagoon a lot as a teen. Miss it.

    Reply
  11. Bro Framestone says

    December 18, 2017 at 11:37 pm

    Plan nak ke sini bulan nie, tapi terpaksa postpone ke bulan depan.. Uwahhhhhh…..!!

    Reply
  12. Neeza says

    December 20, 2017 at 3:42 am

    macam2 ada dekat sunway lagoon, nak main air atau kering, dari basic sampai adventure.. neeza pun baru balik dari sunway lagoon minggu lepas. sekarang ada promo rm150 pass untuk setahun.

    Reply
  13. NORIZA ABDUL RAHMAN says

    December 27, 2017 at 9:10 am

    Dah lama juga tak menjejak kaki ke sana sebab tiketnya mahal…hehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Koperasi Tentera Keahlian Dan Manfaat
  • Kiblat Cari Arah Dengan Mudah
  • Tadika Al Baghdadi Sri Gombak 2024
  • Doa Qunut Solat Subuh
  • Cuti Sekolah 2023 Takwim Sekolah 2024
  • Kelas Online UPKK Percuma Ustazah Azizah
  • Tasneem Naturel Cough Patch dan Sleep Tight Patch – Neelofa Guna Untuk Bilal
  • Salam Jumaat Zikir Jumaat
  • Doa Tahajud Dan Panduan Ringkas

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM